Sunday, 8 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Tugasan Semester 1 KPD 3016


Custom Glitter Text

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 (SLOT PENGAJARAN )
TEMA BUAH - BUAHAN

Tunjang                       : Kreativiti Dan Estetika.
Kelas                          : Prasekolah.
Masa                         : 9.20-10.20 pagi (60 minit )
Bilangan Pelajar           : 25 Orang.
Tema                           : Buah – buahan
Fokus                          : (KTI 1.0) Seni visual.
Standard Kandungan    : KTI 1.2 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya seni. 
Standard Pembelajaran : KTI 1.2.7. Menghasilkan pelbagai bahan yang sesuai dalam penghasilan karya.

Kesepaduan
  • ST 2.3.1  Membanding dan mengumpul objek – objek mengikut ciri Warna.
  • BM 2.1.1 Bertutur dengan sebutan yang betul.
  • KTI 2.1.8-Menyanyi lagu dengan iringan muzik.

Objektif  : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat;
  • Mengenali buah- buahan dengan betul.
  • Mewarna buah dengan warna yang betul.
  • Menghasilkan topeng buah-buahan yang cantik.
  • Menyanyi lagu buah – buahan dengan betul.

Bahan Bantu Mengajar : Gambar pelbagai buah-buahan, warna, gam pelekat dan straw.

  
SET INDUKSI
 Set Induksi (6 minit ) 
1. Guru mempamerkan gambar buah- buahan. 
a. Murid akan memerhati gambar dan mengenali nama dan warna buah. 


Langkah Penyampaian P & P (45 minit)

Langkah 1 (15 minit)  
1. Guru menunjukkan pelbagai jenis gambar buah-buahan secara berurutan.
2. Guru sediakan gambar buah-buahan. Saiz gambar hendaklah dapat menutup wajah kanak-kanak.
3. Murid mewarnakan gambar mengikut warna buah-buahan sebenar. 















 

Aktiviti 2(15 minit)  

1. Setelah siap diwarnakan, kanak-kanak menggunting gambar dan menampalkannya pada kertas keras. Lekatkan straw di bahagian belakang kad buah-buahan. 
2. Kanak-kanak meletakkan topeng buah-buahan dan berimaginasi iaitu menjadikan diri mereka buah-buahan. 


 
Aktiviti 3(15 minit) 
1. Kanak-kanak bercerita tentang diri masing-masing sebagai buah-buahan. 

Contoh: Saya buah Epal Nama saya Epal Merah Badan saya berwarna Merah Rasa saya sedap, kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Siapa suka makan saya?.



Contoh: Saya buah manggis Nama saya manggis Badan saya berwarna ungu Rasa saya sedap, kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Siapa suka makan saya? .



Contoh: Saya buah strawberi Nama saya beri Badan saya berwarna merah Rasa saya sedap, kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Siapa suka makan saya?.


Penutup (8 minit) 
 1. Gambar topeng buah-buahan di pamerkan.


2. Murid akan menyanyi lagu berkaitan buah - buahan bersama guru. Lagu : buah – buahan. 





2 comments: